Sewa Event Space Terbaik: Take Note 8 Perkara Ini

Memilih event space yang sesuai sangat penting untuk setiap majlis, lebih-lebih lagi untuk majlis besar.

Event space yang sesuai akan membuatkan suatu majlis itu memorable kepada anda dan juga tetamu yang hadir, lebih meriah dan mungkin membantu anda save-up bajet anda!

Jadi, dalam artikel ini kami akan kongsikan 8 perkara untuk anda take note semasa pemilihan event space terbaik.

8 Perkara Kena Take Note Sebelum Pilih Event Space

1. Lokasi

Untuk lokasi, anda perlu ambil kira tidak semua tetamu akan mudah mencari lokasi event anda.

Untuk event kecil-kecilan, anda mungkin boleh cari lokasi event dalam jarak yang dekat dengan rumah atau tempat yang rata-rata tetamu yang anda undang senang datang.

Tetapi, untuk event berskala besar, pastikan lokasi strategik dan senang di cari seperti di tengah-tengah bandar dan mudah dicari dalam Google Maps.

Jangan lupa juga untuk agihkan imbasan QR yang membawa kepada peta ke lokasi event space.

2. Parking

event space

Selain memilih lokasi yang strategik, parking atau tempat letak kenderaan juga memainkan peranan penting tau!

Pastikan event space yang anda pilih ada parking yang mencukupi dan besar setanding kapasiti tetamu yang diundang.

Jika tiada sekalipun, anda boleh pilih event space yang ada lot parking yang boleh ditempah khas untuk apa-apa majlis.

Cara yang kedua ini juga mudah dan anda tak perlu fikir banyak.

3. Kapasiti Tetamu

Anda perlu tahu sama ada event space mampu atau tidak untuk memuatkan semua tetamu anda.

Sebagai contoh, jika undangan tetamu anda mempunyai kira-kira 500 tetamu, semestinya tidak akan muat untuk event space yang hanya muat 250 tetamu.

4. Fleksibiliti Kontrak

event space

Walau anda sudah menetapkan tarikh majlis anda, kita tidak tahu tentang apa yang akan jadi kelak.

Ada kemungkinan anda perlu menginjak tarikh majlis awal atau sedikit lewat dari tarikh yang telah ditetapkan.

5. Perkhidmatan & Kemudahan

Setiap event space semestinya menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan dan kemudahan yang berbeza mengikut tempat.

Oleh itu, pastikan anda mendapatkan maklumat lengkap mengenai pakej perkhidmatan dan kemudahan untuk setiap event space.

Untuk lebih tepat, anda mungkin boleh bertanya terus kepada pengelola atau owner event space sendiri supaya anda lebih faham.

Untuk memudahkan lagi urusan majlis, pastikan anda bertanya sama ada mereka menyediakan pakej katering sekali dengan event space.

Dari itu juga, anda boleh pilih event space yang and mahukan.

6. Layout

Selain kapasiti tetamu yang cukup untuk sesuatu event space, layout seperti kedudukan meja dan kerusi serta ruangan makanan juga perlu diambil kira.

Ini kerana ini akan mempengaruhi bagaimana tetamu keluar dan masuk serta lalu-lalang dalam event space itu nanti.

Sudah tentu anda sebagai tuan rumah majlis mahukan event space yang menyenangkan untuk

7. Suasana

Setiap event space memberikan suasana atau vibe yang berbeza.

Jadi, sebelum memilih event space yang sesuai untuk majllis anda kelak, cuba bayangkan dengan jelas tentang jenis suasana majlis yang anda harapkan.

Gambarkan sama ada sesuai atau tidak event space yang anda sedang survey ini boleh diletakkan dekorasi dan tema yang anda mahu untuk majlis nanti.

8. Musik

Pernah tak anda menghadiri suatu event yang musiknya terlalu kuat, sehinggakan susah untuk anda bercakap?

Ya – kalau anda nak tahu, itu disebabkan oleh saiz event space yang tidak setara dengan kekuatan musik yang dipasang.

Siling event space yang rendah membuatkan majlis tampak selesa, tapi ia akan membuatkan ia akan lebih bising jika terlalu ramai tetamu pada ketika itu.

Jadi, lebih elok untuk pilih jenis event space yang lapang seperti warehouse-style atau jenis open space untuk mengimbangi bunyi-bunyi dan musik semasa majlis berlangsung.

Jenis Event Space

1. Hotel

event space

Hotel merupakan pilihan tepat untuk majlis yang berlangsung lebih dari sehari seperti persidangan, pameran atau konvensyen.

Selain itu, ia juga sesuai untuk majlis perkahwinan kerana hotel selalu menyediakan servis katering.

2. Pusat Konvensyen

Jika event anda dalam kapasiti yang besar, digalakkan untuk booking pusat konvensyen.

Ini kerana pusat konvensyen berada di tengah-tengah bandar dan menyediakan ruang yang sangat besar dengan beberapa kemudahan.

Kemudahan seperti makanan dan penginapan sering berdekatan dengan pusat konvensyen, jadi ini amat memudahkan tetamu atau anda sebagai event organizer.

3. Restoran

Restoran sesuai untuk hampir ke semua jenis event atau majlis, dari majlis casual team-building hingga majlis makan-makan antara kawan rapat.

Dengan pelbagai pilihan makanan berbanding di hotel, anda boleh menyewa separuh dari restoran atau keseluruhan.

4. Taman Botani

event space

Jika anda inginkan majlis outdoor dan dikelilingi kehijauan, bunga dan pemandangan yang cantik, taman botani adalah pilihan tepat untuk anda.

Lebih-lebih lagi untuk yang nak berkahwin tidak lama lagi, anda boleh adakan chic outdoor wedding.

5. Dewan Serbaguna

Dewan serbaguna ini ibarat kanvas kosong. Dengan cara hiasan sahaja, dewan ini boleh bertukar kepada apa-apa jenis majlis yang anda mahu.

Tapi, apa yang anda perlu tahu ke semua kemudahan seperti katering, pelamin, pelayan perlu ditempah sendiri servisnya.

Tetapi, jika anda lebih suka untuk menambah atau menghias sendiri event space anda, dewan serbaguna sangat sesuai untuk anda.

Tempah Event Space Dengan Nurul Izzah Catering

nurul izzah catering

Susahkan nak cari event space yang sediakan semua, kan? Dari katering, kebersihan majlis, meals distribution controls yang bagus dan dewan – tak semua syarikat katering buat service ini.

Tapi, jangan risau; Nurul Izzah Catering kan ada!

Nurul Izzah Catering merupakan satu syarikat katering di Puchong yang menyediakan katering untuk majlis besar, lebih-lebih lagi untuk perkahwinan Melayu.

Selain dari menyediakan katering untuk perkahwinan Melayu, Nurul Izzah Catering juga menyediakan katering untuk:

  • Pertunangan
  • Aqiqah

Pakej yang disediakan ada yang serendah RM3,750! Buat yang sedang mencari catering all-in-one, Nurul Izzah Catering sememangnya untuk anda!

Ruangan dewan yang disediakan sangat besar, sebab itu ia dinamakan The Acre Puchong kerana keluasannya sebesar 1ekar yang boleh memuatkan ramai tetamu.

Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh layari website Nurul Izzah Catering melalui link di bawah.

Tempah Nurul Izzah Catering Hari Ini